Sunday, September 13, 2009
serabut..
raya tinggal lagi berapa hari je...tapi masa2 ni la semua benda nak jadi sibuk. Aku tau la aku ni seorg pelajar yang berketrampilan dan berdedikasi,tapi tak kan la semua kerja nak bagi aku. Kolej aku baru-baru ni buta majlis berbuka puasa. Aku,yang telah dilantik sebagai bendahari sekretariat kerohanian kolej atas dasar aku ni seorang yang jujur dan amanah,terpaksa la kumpul duit untuk menjayakan projek ni. Habis je majlis berbuka ni aku terus kena gi latihan teater bangsawan. Aku dapat watak raja jin,dah la watak cam sial,nasib baik 2 babak je. hahahaha....Abang Rajan puji lakonan aku pasal maybe aku ni memang natural actor kot. Nak bandingkan dengan Rifhan,Azriff ngan Farid memang aku la paling gempak pasal memang sejak zaman Kasumi lagi aku ni pelakon produksi ni yang terbaik. Nak bandingkan dengan diorang bertiga,diorang memang hampeh gila la,dah la berlakon cam tunggul,tak ade improvisasi langsung pulak. balik2,aku je kena puji. ni yang buatkan aku serabut betul ni. hish....kepada korang bertiga ni,aku harap korang tolong la improve siket lakonan korang ni,buat malu SILENCE je...tak kan nak aku je yang gempak kot...
Friday, September 11, 2009
JANGAN BACE POST NI!! (18sg)
Hai Ana..awak ape khabar..masih ingatkah awak kepada saya..saya Zam, kekasih lame awak yang pernah awk terajang hingga patah tulang tulang rusuk kiri saya pada mase tu..tapi takpe..saya da lupe kan perkara itu..Ana,Zam betul2 rindukan Ana..setiap kali Zam tengok cite spongebob dan ternampak wajah comel si patrick..Zam pasti akan terbayangkan wajah Ana..Zam tak kesah rupa paras Ana yang hodoh dan menjijik kan itu..ape yg Zam mahukan hanyalah kasih sayang dari Ana..Ana ingat tak kenangan kite masa bercinta dulu??..Zam yakin Ana tak lupe..Dalam kempompong otak Zam masih segar lagi kenangan manis dimana kite same2 menjalani latihan sukaneka untuk hari sukan dahulu..masa tu badan Ana agak "berisi" macam....urmmm..takpe lah lupe kan,Zam tak sanggup nak cakap perkara tu..Zam rasa agak kerterlaluan rasenye klu Zam kate kan badan Ana ketika itu macam Badak Gurun yang sedang bunting anak lima...mase tu Ana masuk acara lari dalam guni..tengah sibuk Ana berlari didalam guni tersebut..tiba2..guni tersebut koyak..HAHAHAHAHA...Zam tergelak teramatlah kuat pada waktu itu sehinggakan terkeluar hinggus hijau di hidung Zam..Ana marah..lalu melayangkan diri dan menghempap ZAm..Owhhh..masa itulah kali pertama kite bersua muka..dan detik itu lah Zam jatuh hati pada Ana..Selama beberapa minit kite couple..tiba-tiba Ana mintak clash..Zam tak faham Ana..kenape..kenape..banyak yg Zam korbankan untuk Ana..Ana nak Zam jadi pilot..Zam da jadi..Ana nak Zam makan tempoyak cicah popcorn..Zam makan..Ana nak Zam lari anak keliling Malaysia sebayak 2 round..Zam bru je abis buat tadi...tapi Ana tak pernah menghargai semua tu..Ana hanya pandang pada harta dan kekayaan..Ana kate rumah 3 tingkat zam tu tak cukup..kereta kebal BMW zam tu tak mewah..kapal selam belakang rumah tu tak best..macam2 alasan yang Ana berikan..apelagi yang Ana mahukan?Ape lagi??..sudahlah Ana..tujuan Zam menulis surat ini hanyalah untuk memaki hamun dan menasihati Ana..memang manusia tidak pernah bersyukur dengan ape yg die ade..nasihat Zam..jadi lah wanita yang baik dan solehah..semoga tuhan mencucuri rahmat keatas roh Ana...
kekasihmu..ZAM
kekasihmu..ZAM
Thursday, September 10, 2009
TRIBUTE 2 MUS
Yesterday one of our friend, Mustafa Bakri had celebrate his 19th birthday. So as his birthday present, the Silence House had gave to him something really special that is our email and password and with this he is officially enter into our group. I hope that after this Mus can write something in this blog.
Tuesday, September 8, 2009
susu lemak berkrim vs santan basi
Aku hanyalah seorang insan yang diberi anugerah untuk bernafas di atas muka bumi yang bertuah ini. Setiap hari aku bangun dari tidur yang lena, aku akan berfikir adakah ini hari terakhir aku untuk menghambakan diri kepada makhluk-makhluk lain. Harapnya tak sebab masih banyak perkara yang aku perlu mahu lakukan.Sebenarnya bukan ini yang aku mahu ceritakan pada hari yang indah ini.
Kisahnya adalah berkaitan dengan hadiah susu lemak berkrim yang aku berikan kepada hampir setiap insan yang bergelar manusia yang aku temui dalam setiap langkah yang aku jalani. Harapan aku ialah supaya mereka itu akan membalas balik susu manis yang aku berikan itu tapi malangnya mereka lebih suka memberi aku santan yang sudah basi dan masam rasanya.
Susu yang aku maksudkan di sini ialah senyuman yang aku berikan, sejujurnya aku cakap yang aku ni susah nak senyum orangnya tapi disebabkan oleh sebiji tahi yang lalat berak di bawah dagu aku menyebabkan wajah aku kelihatan manis, inikan pula ditambah dengan senyuman yang menggoda yang mampu menggugat keimanan setiap wanita mahupun 'lelaki' yang memandang.
Berbalik kepada cerita susu dan santan basi tadi, santan basi yang aku maksudkan ialah wajah yang tidak reti nak senyum. Maaflah kalau ada sesiapa yang terasa dengan statement ini, perkara ini banyak terjadi pada aku menyebabkan aku menjadi malas untuk memberikan susu aku yang berharga ini. Oleh kerana aku dikurniakan bibir yang nipis dan seksi, jadi agak memenatkan raut wajahku yang macho ini untuk memberikan seulas senyuman, namun begitu tetap aku kuatkan semangat aku yang tidak pernah pudar ini untuk bersedekah dan beramal jariah kepada manusia yang lain.
Nasihat saya kepada manusia yang tak reti senyum ini, ingatlah bahawa masih ramai insan yang ingi senyum di dunia ini tapi tidak kesampaian, gunakanlah nikmat yang Tuhan berikan itu dengan sebaiknya.
Sekian saja bebelan saya......
Monday, September 7, 2009
permulaan baru
Di dalam produksi ini,wujud seorang jejaka yang langsung tidak berniat untuk menyertainya. Namun begitu,setelah diberikan pengaruh tidak berpatutan oleh Syed Farid(KACAK SYIAL!!!!!!!!!),Rifhan Khan,(Khan ni nama ayah dia),Azriff Firdaus(MTD) dan Hilmi(????),jejaka ini pun dengan rela hati menyertainya. Bermula sebagai seorang pelakon tambahan,akhirnya bertukar sebagai pelakon bertaraf Anugerah Academy. Ironinya,kami semua tidak lagi menuntut ilmu di UiTM,tetapi di UKM. Kadang-kadang,rasa pelik pula betapa seiringannya kami berempat. Hilmi seorang sahaja yang masih kekal di UiTM.
Sunday, September 6, 2009
KESINAMBUNGAN DARIPADA KASUMI PRODUCTION
Idea untuk menubuhkan kumpulan baru yang dikenali sebagai Silence ini timbul semasa kami yang terdiri daripada Farid, Azriff dan Rifhan dalam perjalanan pulang dari Times Square ke UKM menaiki komuter. Pada mulanya kami hanya mahu menggunakan terus nama Kasumi Production yang telah menaikkan nama kami semasa di UiTM dulu, tapi disebabkan oleh faktor-faktor tertentu kami sepakat untuk mengubah nama kumpulan kami kepada Silence Production House yang telah dicadangkan oleh Syed Farid Syed Ali iaitu ahli kumpulan kami yang paling kacak sekali dan menjadi kegilaan datin-datin yang kesunyian di rumah. Seorang lagi ahli yang dijangka untuk menyertai kumpulan ini ialah Muhammad Aliff Bin Abd Rani yang setakat ini tiada khabar berita dan kata putus daripadanya. Lupa pula saya nak memperkenalkan ahli-ahli kami yang lain iaitu Azriff dan Rifhan. Azriff Firdaus Mohd Ali merupakan classrep yang peramah dan kemas, beliau juga seorang ahli palapes yang begitu komited dengan tanggungjawab. Muhamad Rifhan Mohamed Khan pula hanyalah seorang ahli yang paling low profile dalam kumpulan ini. Walaupun dia seorang yang kacak dan macho, malangnya tak ramai wanita yang menghargainya. Jadi begitulah serba sedikit berkenaan kumpulan ini, sebarang penambahan akan diupdate selepas ini.........................
Subscribe to:
Comments (Atom)
