Aku hanyalah seorang insan yang diberi anugerah untuk bernafas di atas muka bumi yang bertuah ini. Setiap hari aku bangun dari tidur yang lena, aku akan berfikir adakah ini hari terakhir aku untuk menghambakan diri kepada makhluk-makhluk lain. Harapnya tak sebab masih banyak perkara yang aku perlu mahu lakukan.Sebenarnya bukan ini yang aku mahu ceritakan pada hari yang indah ini.
Kisahnya adalah berkaitan dengan hadiah susu lemak berkrim yang aku berikan kepada hampir setiap insan yang bergelar manusia yang aku temui dalam setiap langkah yang aku jalani. Harapan aku ialah supaya mereka itu akan membalas balik susu manis yang aku berikan itu tapi malangnya mereka lebih suka memberi aku santan yang sudah basi dan masam rasanya.
Susu yang aku maksudkan di sini ialah senyuman yang aku berikan, sejujurnya aku cakap yang aku ni susah nak senyum orangnya tapi disebabkan oleh sebiji tahi yang lalat berak di bawah dagu aku menyebabkan wajah aku kelihatan manis, inikan pula ditambah dengan senyuman yang menggoda yang mampu menggugat keimanan setiap wanita mahupun 'lelaki' yang memandang.
Berbalik kepada cerita susu dan santan basi tadi, santan basi yang aku maksudkan ialah wajah yang tidak reti nak senyum. Maaflah kalau ada sesiapa yang terasa dengan statement ini, perkara ini banyak terjadi pada aku menyebabkan aku menjadi malas untuk memberikan susu aku yang berharga ini. Oleh kerana aku dikurniakan bibir yang nipis dan seksi, jadi agak memenatkan raut wajahku yang macho ini untuk memberikan seulas senyuman, namun begitu tetap aku kuatkan semangat aku yang tidak pernah pudar ini untuk bersedekah dan beramal jariah kepada manusia yang lain.
Nasihat saya kepada manusia yang tak reti senyum ini, ingatlah bahawa masih ramai insan yang ingi senyum di dunia ini tapi tidak kesampaian, gunakanlah nikmat yang Tuhan berikan itu dengan sebaiknya.
Sekian saja bebelan saya......

No comments:
Post a Comment