Sunday, September 6, 2009
KESINAMBUNGAN DARIPADA KASUMI PRODUCTION
Idea untuk menubuhkan kumpulan baru yang dikenali sebagai Silence ini timbul semasa kami yang terdiri daripada Farid, Azriff dan Rifhan dalam perjalanan pulang dari Times Square ke UKM menaiki komuter. Pada mulanya kami hanya mahu menggunakan terus nama Kasumi Production yang telah menaikkan nama kami semasa di UiTM dulu, tapi disebabkan oleh faktor-faktor tertentu kami sepakat untuk mengubah nama kumpulan kami kepada Silence Production House yang telah dicadangkan oleh Syed Farid Syed Ali iaitu ahli kumpulan kami yang paling kacak sekali dan menjadi kegilaan datin-datin yang kesunyian di rumah. Seorang lagi ahli yang dijangka untuk menyertai kumpulan ini ialah Muhammad Aliff Bin Abd Rani yang setakat ini tiada khabar berita dan kata putus daripadanya. Lupa pula saya nak memperkenalkan ahli-ahli kami yang lain iaitu Azriff dan Rifhan. Azriff Firdaus Mohd Ali merupakan classrep yang peramah dan kemas, beliau juga seorang ahli palapes yang begitu komited dengan tanggungjawab. Muhamad Rifhan Mohamed Khan pula hanyalah seorang ahli yang paling low profile dalam kumpulan ini. Walaupun dia seorang yang kacak dan macho, malangnya tak ramai wanita yang menghargainya. Jadi begitulah serba sedikit berkenaan kumpulan ini, sebarang penambahan akan diupdate selepas ini.........................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment